Tentang Maria




Maria dari Perlis
Assalamualikum !
saya seorang yang sederhana dalam kehidupan ini...........
mencintai alam yang damai dan indah...........
kagum dengan ciptaan Allah....
syukur Allhamdulilah.



Hidup tidak selalunya indah,laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah.Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah akhirnya sebuah kehidupan.Setiap yang berlaku adalah hikmahnya,Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa................
Perlu kita sedar dan yakin dalam apa jua situasi,Allah s.w.t sentiasa bersama kita.Hanya kita sendiri yang seringkali menghindari diri dan alpa daripada Allah s.w.t mungkin ada masanya kita terlena dengan bahagia dunia yang sementara atau mungkin kita di puncak kebinbangan , kegagalan,kesedihan dan kekecewaan.Ini membuat kita jauh daripada Allah s.w.t  .Oleh itu dekatkan diri dengan Allah s.w.t ..tenangkan fikiran...hiburkan hati dengan zikir..warnai hidup ini dengan bunga bunga senyuman,dinginkan hati dengan salju ketabahan ,wangikan dengan renjisan kesabaran dan indahkan dengan keimanan...............
saya Maria Abdullah lebih di kenali dengan pangilan Kak Maria atau Mak Ngah.
Dilahirkan pada 21 July 19............di Hospital Kangar.Perlis.
Di besarkan di merata tempat di Malaysia kerana Ayah saya seorang anggota Polis.
Syukur kehadrat Allah s.w.t dapat juga saya membina blog ini.walau tidak secantik mana , impian untuk ketengahkan produk saya dan kawan kawan dari Perlis, mudah-mudahan usaha saya akan memberi manafaat semoga memdapat keberkatan dari Allah s.w.t
akhir sekali, saya memohon kehadrat Allah s.w.t di terima oleh Allah s.w.t .
salam sayang dari qaseh maria.